Baru-baru ini, seorang wanita di Twitter telah mendatangkan amarah para pengguna platform berkenaan kerana mempersoalkan satu perkara yang boleh dikatakan agak sensitif.
Di dalam ciapan yang dimuat naik oleh wanita itu, dia telah pertikai kenapa van jenazah perlu ada lampu kecemasan sedangkan ia tidak lagi diperlukan sebab tiada apa yang perlu dikejarkan lagi.
Biarpun telah memadam ciapan berkenaan, ada beberapa pengguna sempat ‘screenshot’ tweet terbabit dan muat naik semula di akaun sendiri agar menjadi topik bualan orang ramai.
Screenshot sebelum delete ? pic.twitter.com/Gq8EnJt2jN
— keem (@AkeemSharyzal) May 21, 2022
Pada mulanya mungkin niat gadis berkenaan hanya ingin bertanya, namun persoalannya itu telah mengundang kecaman dan rata-rata merasakan gadis itu tidak mempunyai adab apabila bertanya hal sedemikian.
Dalam pada itu, mereka turut berasa risau dengannya kerana tidak tahu mengenai perkara asas mengenai pengembumian jenazah yang perlu dilakukan secepat mungkin dan disebabkan itu lampu kecemasan diperlukan untuk van jenazah.
Walaupun ramai yang mengecam, masih ada juga netizen yang merasakan pertanyaan wanita itu tidak ada salahnya kerana barangkali dia betul-betul berniat hanya ingin bertanya dan bukannya menimbulkan isu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Perlu Ke? Jenazah Dah Pun” – Gadis Dikecam Teruk Sebab Pertikai Van Jenazah Tak Patut Ada Lampu Kecemasan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments