Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Izzah Hadi yang berkongsi tentang kisah hidupnya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Izzah menceritakan dia bercita-cuti untuk menjadi pereka fesyen dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu 10A.
Selepas habis SPM, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajaran kerana telah berkahwin pada usia 18 tahun.
Kisah sedih ringkas hahahahaha.. 360 darjah.. tak apa stylekan makanan gituhhhhh.
Namun, Izzah berhadapan detik sukar apabila perkahwinannya gagal dan terpaksa bekerja di bidang pengurus makanan dan minumam (F&B) untuk menyara diri walaupun memegang sijil SPM yang cemerlang.
@izzahhadii kisah sedih ringkas hahahahaha .. 360 darjah ..xpe stylkan makanan gituhhhhh #cerai #singlemom #future #abxyz #foryou #foryoupage
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi, ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan ada juga yang mengatakan bahawa dia masih belum terlambat untuk mendapatkan masa hadapan yang cerah.
Muda lagi awak, belum terlambat lagi. Sedangkan dah berumur pun boleh je mengejar ilmu. – Netizen.
“Geram pulak dengan laki tu. Wanita dah berkorban tu. 10A macam-macam uni boleh accept, tapi apakan daya itu takdir,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) ‘Score’ 10A SPM Tapi Kahwin Awal & Tak Sambung ‘Study’, Gadis Diceraikan Kini Kerja F&B first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments