Lapor Berita Harian, Perdana Menteri telah berangkat ke ibu negara Jepun pada 23 Mei lalu bagi tujuan lawatan kerja rasmi sebagai usahasama untuk mengukuhkan lagi hubungan sedia ada antara dua negara ini.
Namun begitu, apa yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia adalah kemunculan bersama menantu Ismail Sabri, iaitu Jovian Mandagie dalam lawatan rasmi kerajaan ke Jepun itu.
Foto-foto yang memaparkan kehadiran Jovian ketika urusan rasmi itu sekaligus mengundang pertanyaan netizen tentang kapasiti serta keperluan suami kepada anak perempuan Ismail Sabri itu dalam urusan rasmi berkenaan.
Dalam foto tersebut, Jovian dirakam mengenakan baju formal gelap, berkaca mata dan juga memakai pelitup muka keluaran syarikatnnya sendiri.
Jovian ikut? Apahal? Apa kapasiti dia? Nak jual kimono pulak lepas ni? https://t.co/Po0rUdk6LH
— Mustafa Akmal ?? (@mustafaakmal_) May 24, 2022
Selain itu, Jovian juga ada memuat naik Instagram Story memaparkan dia berada di Jepun namun hantaran tersebut dipadam tidak lama kemudian.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pereka fesyen terkenal itu mengenai isu tersebut.
The post “Ni ‘Family Trip’ Ke?” – Netizen Persoal Kapasiti Jovian Ikut Rombongan PM Ke Jepun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments