Rasanya kebanyakkan anak muda ataupun individu yang baru mengenali seseorang pasti akan melalui fasa untuk keluar buat pertama kali atas tujuan untuk bertemu secara depan-depan dan mengenali lebih rapat.
Ia boleh dikatakan sebagai satu proses yang penting sebelum beranjak ke fasa yang lain iaitu menjalin hubungan cinta.
Sudah semestinya jika baru pertama kali mahu berjumpa, tidak kira sama ada jejaka ataupun gadis, pasti akan berpakaian cantik untuk memberi pandangan terbaik buat pasangan dan tempat untuk ‘date’ pasti akan dipilih yang terbaik.
— Mems (@amer__aljeffrey) May 13, 2022
Bagaimanapun, video yang tular di TikTok baru-baru ini dan dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter memaparkan seorang gadis berkongsikan pengalaman ‘kecewanya’ keluar dengan seorang lelaki buat kali pertama.
Gadis itu meluahkan rasa hampa serta kecewa apabila sudah berpakaian cantik demi lelaki terbabit, namun hanya di bawa keluar makan secara ‘drive-thru’ sahaja.
Dia turut berkata seandainya tidak mampu ataupun tiada wang untuk bawa ke tempat yang ‘elok’, maka tidak perlu untuk mengajaknya keluar dating.
Meninjau di ruangan komen video asal berkenaan yang kini sudah pun dipadam oleh pengguna TikTok itu, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap perangai yang ditunjukkan oleh gadis terbabit.
Malah, ada netizen turut sempat berkata bukannya lelaki terbabit tidak mahu bawa dia keluar makan ditempat yang lebih elok tetapi ‘malu’ untuk bawanya keluar dari kereta.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Tak Mampu Jangan Ajak, Dah Pakai Cantik Ni..” – Gadis Hampa ‘First-Date’ Pasangan Hanya ‘Drive-Thru’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments