Sempena Hari Raya Aidilfitri, mengunjungi rumah sanak-saudara dan jiran tetangga sememangnya perkara ‘wajib’ dilakukan setiap keluarga ataupun individu.
Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan menyediakan makanan dan kuih raya untuk tetamu yang menghadiri rumah mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter ini, dia memberitahu dirinya sering menghabiskan kuih raya yang dihidangkan oleh tuan rumah jika ia mengikut cita rasa beliau.
My toxic trait is tak tahu malu. If I come beraya to your house and kuih you sedap, I WILL finish the whole balang. Not just that, I will also jengah ke dapur tengok if you have extras and ask boleh bawak balik tak balang kuih ni.
— Azfar aidul-Fitri (@Azfarovski) May 7, 2022
Bukan hanya menghabiskan kuih raya, malah lelaki terbabit juga akan pergi ke dapur untuk bertanya kepada tuan rumah jika ada lebihan kuih untuk di bawa pulang.
Bagaimanapun, perkongsiaannya itu mendapat perhatian ramai dimana ada yang merasakan tindakan tersebut tidak beradap kerana tidak memikirkan orang lain yang ingin beraya di rumah berkenaan.
Biarpun ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut, ada juga netizen yang merasakan tindakan itu merupakan perkara yang boleh mengembirakan tuan rumah kerana berasa seperti tetamu menghargai makanan-makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Siap Masuk Dapur Minta ‘Extra’ – Selamba Habiskan Kuih Masa Beraya Rumah Orang, Netizen Berbalah Pendapat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments