#Hiburan: “Memang Undang Naya” – Ada Netizen ‘Geli’ Doktor Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa ‘Glove’

Pada tahun 2022 ini masih ramai yang tiada ‘awareness’ tentang penyakit HIV dan masih menganggap golongan ini ‘pendosa’ serta ‘kotor’.

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi di Instagram peribadinya di mana dia dan pasukannya telah pergi melawat pesakit HIV.

Advertisement

Sebuah video dimuat naik menunjukkan berada di sisi katil dan bersentuhan dengan pesakit di Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

Namun, tindakan murni doktor itu mengundang rasa jijik sesetengah individu yang bertindak menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram.

Doktor mesra dipanggil Sha ini ada berkongsi ‘screenshot’ persoalan beberapa netizen yang mempersoal tindakannya menyentuh tanpa memakai sarung tangan.

Advertisement

Boleh ke pegang pegang pesakit macam ni? Tak ada glove semua. Tak geli ke? Kot kot terjangkit ke.”

Menerusi ‘posting’ tersebut, Sha telah menjelaskan bahawa dia tidak risau dan tidak kisah menyentuh pesakit HIV kerana penyakit itu tidak berjangkit hanya dengan sentuhan jika tiada luka.

Dia juga sudah membuat pemeriksaan dan tahu dirinya dalam keadaan sihat.

Jelasnya lagi tidak memakai sarung tangan juga adalah cara untuk menjaga hati pesakit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sisa makanan
2 bulan lalu

“Ada Kata Jijik..”- Bawa Balik Sisa Makanan Kedai Makan, Lelaki Ini Tak Kisah Asal Tak Membazir

The post “Memang Undang Naya” – Ada Netizen ‘Geli’ Doktor Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa ‘Glove’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments