Perkahwinan selebriti tanah air Azri Iskandar dan Ellie Suriaty Omar akhirnya terputus apabila mereka disahkan bercerai pada hari Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.
Selepas 19 tahun bersama pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana difahamkan tidak lagi mempunyai persefahaman antara kedua-dua pihak.
Memetik laporan mStar, keputusan tersebut juga dikatakan telah dibuat oleh Ellie, 52, selepas memikirkan tentang perkara berkenaan secara masak-masak.
Ellie juga berterima kasih kepada Azri untuk setiap tanggungjawab yang dijalankan sebagai suami dan dia juga memuji bekas suaminya itu sebagai seorang bapa yang baik.
Buat pengetahuan pembaca, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azreen, Azrell dan Nur Aliah.
The post (TERKINI) 19 Tahun Bersama, Ellie Suriaty Dan Azri Iskandar Disahkan Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments