Seorang lelaki luar negara yang tinggal di Venezuela telah ditahan oleh pihak polis baru-baru ini, atas kesalahan menipu ramai wanita dengan memasukkan batang plastik gula-gula di bawah lengan mereka.
Difahamkan dari laporan Kosmo, batang plastik berkenaan merupakan gantian buat implanon hormon perancang keluarga.
Lelaki bernama Jose Daniel Lopez, 38, didakwa telah memperdaya hampir 25 wanita yang telah membayarnya untuk melakukan kaedah menanam batang lolipop di bawah kulit sebagai alat pencegah kehamilan.
Penipuan jejaka itu akhirnya terbongkar apabila ada sesetengah ‘pesakitnya’ memberitahu diri mereka hamil biarpun sudah menjalani rawatan tersebut.
Bukan itu saja, Lopez juga tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan dan dia berjaya mendapat tempat kerja di pusat kesihatan di LA Victoria dan Maracay, Venezuela selepas memalsukan ijazah perubatannya.
Sekadar info, kaedah implan itu berbentuk seperti batang plastik kecil yang mudah untuk dilenturkan dan ianya akan dimasukkan di bawah lengan tetapi difahamkan dari kes doktor palsu ini, batang itu tidak lentur serta tidak memberi sebarang impak kepada kitaran haid seorang wanita.
The post Pesakit Mengadu Masih Hamil, Doktor ‘Fake’ Kantoi Guna Batang Lolipop Ganti Alat Implanon first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments