Penularan virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak sememangnya agak membimbangkan pada ketika ini.
Berikutan itu, ada juga yang mengambil kesempatan atas kebimbangan orang ramai apabila wujud penjualan ubat-ubatan yang didakwa dapat merawat penyakit berjangkit itu.
Perkara tersebut telah membuatkan suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar berasa terpanggil untuk memberi pesanan kepada masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil di rumah.
Kata Dr Izzar, tiada sebarang ubat yang dapat menyembuhkan penyakit HFMD kerana ia berpunca daripada virus dan selalunya akan pulih dengan sendiri.
TIADA ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. HFMD itu berpunca dari virus, maka antibiotik pun tak akan membantu.
HFMD ni kebiasaannya akan SEMBUH SENDIRI dalam masa 7-10 hari. Ubat dari doktor hanyalah bertujuan untuk mengurangkan gejala, bukannya untuk menyembuhkan.
Dalam pada itu, Dr Izzar juga memberi tips bagi membantu anak-anak yang dijangkiti HFMD.
Antaranya, memberi anak makan makanan yang sejuk seperti aiskrim, yogurt, elakkan memberi minuman berasid dan masam seperti jus buah, air bergas, dan jauhi makanan pedas atau masin.
Dia juga memberi pesanan kepada ibu bapa agar selalu menjaga kebersihan diri dan anak-anak dan segera mendapatkan rawatan di hospital jika anak menunjukkan gejala-gejala awal HFMD.
“Jadi tak perlulah nak dapatkan ubat-ubat mujarab yang kononnya dapat mencegah atau mengubati HFMD.” tulisnya lagi.
The post “Sembuh Sendiri” – Ramai ‘Claim’ Jual Ubat Rawat HFMD, Dr Izzar Pesan Ibu Bapa Jangan Mudah Tertipu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments