#Hiburan: “Malu Orang Tengok” – Tular Video Berebut ‘Fast Food’ Di Rumah Terbuka, Netizen Persoal Sikap Penganjur

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan keadaan dan situasi di sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diadakan pada hujung minggu yang lalu.

Video tersebut menjadi buah mulut netizen berikutan suasana kecoh yang berlaku akibat perebutan makanan ringan ‘fast food’ yang disediakan penganjur untuk tetamu yang hadir.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, orang ramai dilihat bergasak dan berebut bagi mendapatkan sekotak ‘fast food’ yang diberikan percuma.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan penganjur yang sepatutnya lebih baik dalam mengawal tetamu yang hadir.

Advertisement

Kata netizen, penganjur sepertinya ‘seronok’ melihat orang ramai berebut seperti demikian dan tidak beratur malah menimbulkan kekecohan pula.

TikTokSumber : TikTok  

Selain itu, ada juga yang merasakan tetamu yang hadir dan ‘mampu’ untuk membeli makanan ringan itu sendiri tidak perlulah ‘join’ untuk bergasak seperti itu.

“Astagfirullah, tak tahu nak kata apa. Yang berebut tu balik pakat tengok video ni ramai-ramai. Nilaikan sendiri, aku pulak yang malu.” komen seorang netizen.

anak keracunan gas monoksida
3 jam lalu

"Pembunuh Dalam Diam" - Wanita Kongsi Saat Cemas Selamatkan Anak Dari Keracunan Karbon Monoksida

The post “Malu Orang Tengok” – Tular Video Berebut ‘Fast Food’ Di Rumah Terbuka, Netizen Persoal Sikap Penganjur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments