Sebuah perkongsian daripada seorang wanita ini di laman Twitter mungkin dapat membuka mata anda terutamanya buat ibu bapa yang mempunyai anak yang semakin meningkat dewasa.
Dalam hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai @aindzaya itu memberi nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata terutamanya apabila orang memuji sikap anak-anak kita.
Aku terdetik nak cakap pasal ni kerana sepanjang raya ni berjalan rumah sanak saudara ramai yang memuji Dahlia behave, pandai, bagus, tak tantrum, tak mengutip, matured tak macam 11 bulan.
— aindzaya (@aindzaya) May 10, 2022
Menurut Ain, ada ibu bapa dalam tidak sedar gemar membuka aib anak setelah dipuji oleh ahli keluarga yang lain mahupun kawan-kawan.
Katanya lagi, ibu bapa harus berbangga apabila orang lain memuji sikap baik anak-anak kerana kata-kata itu adalah satu doa.
Meskipun terlihat ‘merendah diri’ ketika mengatakan anak bukanlah seperti yang dipuji, namun ia sebenarnya dapat menganggu perasaan anak jika sering diulang-ulang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meninggalkan komen dan juga pengalaman masing-masing ketika kecil.
Kata netizen, ramai dalam tak sedar membuka aib anak dan ada juga yang meluahkan perasaan bahawa mereka ketika kecil sebenarnya terkesan dengan kata-kata ibu bapa dan ia masih diingati sehingga kini.
The post “Orang Dah Puji, Kita Buka Aib..”- Ibu Bapa ‘Galak’ Malukan Anak Depan Orang Tanpa Sedar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments