Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak lebih-lebih lagi anak yang masih lagi berusia setahun jagung.
Namun begitu, ada ibu bapa yang kurang bernasib baik apabila kehilangan anak pada usia muda akibat sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Itulah nasib yang ditimpa oleh pasangan ibu bapa apabila anak perempuan mereka yang berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya melintas jalan.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST).
Kata Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof kejadian itu berlaku pada 12.15 tengah hari, bayi itu keluar rumah mengekori kakaknya yang mahu menaiki bas ke sekolah.
Selain itu, dikatakan kakak kepada mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.
Selepas kejadian, bayi dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post “Kakak Tak Perasan…”- Bayi Setahun 4 Bulan Maut Digilis Bas Lepas Ikut Kakak Keluar Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments