Umum mengetahui, maggi merupakan makanan segera yang paling mudah untuk dimasak jika kita malas atau tidak mempunyai kemahiran untuk masak.
Namun, ternyata perkara ini telah membawa kepada keputusan yang mengubah hidup untuk pasangan ini dimana seorang lelaki tekad menceraikan isterinya kerana hanya menghidangkan maggi pada setiap hari.
Menurut si suami, isterinya tidak tahu untuk menyediakan apa-apa makanan selain mi segera untuk sarapan, makan siang dan makan malam.
Isteri hanya pergi ke kedai runcit dan hanya membeli mi segera.
Hakim mahkamah sesyen ML Raghunath berkata pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama. Lapor Indiatimes.
Dalam pada itu, Raghunath turut mendedahkan bahawa mahkamah telah banyak menerima kes perceraian atas sebab-sebab yang pelik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Breakfast, Lunch, Dinner” – Hanya Masak Maggi Setiap Hari, Suami Tekad Ceraikan Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments