Sebuah perkongsian video di laman TikTok baru-baru ini mengundang kecaman netizen apabila seorang wanita berkongsikan mengenai pengalamannya menginap di sebuah rumah tumpangan di Kundasang yang ternyata hanya ‘indah khabar dari rupa’.
Dalam video tersebut, @asiahibrahim1 ada menunjukkan kawasan sekitar ‘homestay’ itu yang ditempahnya dengan harga RM3++.
Kata Asiah, rumah tersebut seperti rumah tinggal dan keadaannya juga seakan ‘tongkang pecah’ selain berbau busuk.
Tambahnya lagi, keadaan bilik yang buruk di mana tilam yang disediakan berbau hapak dan katil seperti hendak roboh makin memburukkan keadaan dan membuatkan hatinya dan ahli keluarga yang lain berasa berang.
Setelah itu, Asiah berkata dia terpaksa membuat aduan kepada tuan rumah sebelum dipindahkan ke tempat kediaman yang lebih elok pada malam itu juga.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa yang sama dan berharap pelancong atau pengunjung yang ingin bercuti di mana-mana sahaja untuk memeriksa terlebih dahulu lokasi penginapan sebelum menempahnya.
Boleh periksa ulasan pengunjung sebelumnyaa dekat laman web tempahan bilik hotel atau homestay sebelum tempah ya!
The post (VIDEO) “Bau Tahi Ayam..” – Sewa Homestay Bayar RM300, Tapi Bila Sampai Keadaan Macam Rumah Usang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments