#Hiburan: “Cakap Macam Orang Takde Iman!” – Samakan Tandas Dengan Syurga, Sharifah Sakinah Teruk Dikecam

Rasanya semua sudah sedia maklum, tandas merupakan tempat paling terkotor dan disitu juga tempat tinggalnya jin serta syaitan, namun ada juga yang mengubah suai ia menjadi satu tempat mewah dan cantik.

Seperti perkongsian seorang selebriti Sharifah Sakinah baru-baru ini, beliau memuat naik sebuah hantaran di Instagram menunjuk tandas di rumahnya yang diubah suai menjadi satu tempat yang ‘megah’.

Advertisement

Biarpun tandas mewah yang dipaparkan itu menjadi perhatian ramai, namun perkara yang membuatkan netizen lebih memberi perhatian apabila membaca caption hantaran Sakinah itu menyamakan tandasnya dengan syurga.

Oleh kerana membuat coretan seperti itu, pelakon tersebut telah menerima kecaman daripada netizen yang merasakan Sakinah tidak sepatutnya berseloroh menyamakan sesuatu yang suci dengan tempat yang kotor itu.

Advertisement

komen instagram
Malah, ada juga netizen yang merasakan pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu seakan-akan mempersendakan agama Islam apabila berkata sedemikian dan meminta agar wanita itu beristighfar.

Dalam pada masa dirinya dikecam, ada juga netizen yang memuji kecantikan tandas mewahnya itu dan luahkan rasa terpegun apabila melihatnya.

3 bulan lalu

"Kerja Saya Jual Badan, Nak Tunjuk Otot Memang Kena Tunjuk Aurat" - Sharifah Sakinah Tapis IG 'Request'

The post “Cakap Macam Orang Takde Iman!” – Samakan Tandas Dengan Syurga, Sharifah Sakinah Teruk Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments