#Hiburan: “Sampai Cecah Bumbung..” – Kumpul Sisa Sampah Dan Barang Kitar Semula, Jiran Rimas Rumah Jadi Sarang Nyamuk

Menerusi satu perkongsian daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan, pihak mereka dilaporkan telah berjaya membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Yarl, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, keadaan rumah tersebut yang dipenuhi sampah dan barang kitar semula sehingga mencecah bumbung telah mengakibatkan jiran tetangga berasa tidak selesa selain menyakitkan mata bagi yang melihatnya.

Advertisement

Malah, rumah tersebut turut menjadi sarang pembiakan nyamuk kerana dipenuhi sampah sarah dan air bertakung di sekitar premis.

Ketika serbuan, pasangan suami isteri itu diberi notis amaran untuk membersihkan segera sisa sampah di rumah mereka bagi memastikan keadaan bersih dan juga bebas denggi dalam tempoh tiga hari.

Difahamkan, anggota penguatkuasa telah diarahkan untuk membuat serbuan ke ruman berkenaan setelah mendapat aduan daripada jiran tetangga.

Advertisement
rumah dipenuhi sisi kitar semulaSumber : Facebook  

Selain itu, kawasan di mana premis berkenaan berlokasi telah dilaporkan sebagai zon wabak denggi tidak terkawal oleh Jabatan Kesihatan DBKL Cawangan Seputih.

Anda ada aduan mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepekal dan pembersihan awam? Klik pautan di bawah:

https://swcorp.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Tindakan Berani Pemuda Menghalang Penculik
15 jam lalu

“Saya Jadi Curiga..”- Budak Lelaki Hampir Diculik, Tindakan Berani Lelaki Ini Halang Penculik Dipuji Netizen

The post “Sampai Cecah Bumbung..” – Kumpul Sisa Sampah Dan Barang Kitar Semula, Jiran Rimas Rumah Jadi Sarang Nyamuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments