Siapa tidak kenal akan jutawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Vida yang sememangnya gemar akan berfesyen dan berbelanja untuk diri sendiri dan anak-anak.
Gemar ‘shopping’ beg tangan dan kasut mewah jika ditinjau di media sosial Instagram miliknya, DS Vida baru-baru ini dikritik kerana didakwa membeli belah ketika butik-butik fesyen terkenal di ibu kota sudah pun ditutup.
View this post on Instagram
Vida dalam satu hantaran di Instagramnya juga ada memuat naik video memperlihatkan dia mengunjungi sebuah butik mewah yang telah ditutup.
Namun begitu, perkongsian ibu kepada dua orang anak itu mendapat kritikan netizen kerana ada yang berpendapat DS Vida seolah-olah ‘kemaruk’ dan ‘mencari pasal’.
Kata netizen, DS Vida tidak patut bertindak seperti itu kerana pekerja butik-butik tersebut juga mempunyai kehidupan sendiri dan perlu berehat daripada kerja seharian.
Suka sangat shopping waktu kedai dah tutup, ingat orang lain tak payah rehat? Sebab awak tu VVIP boleh buat apa yang awak suka?
Tambah netizen lagi, pelanggan yang suka datang ke butik atau kedai ketika ‘last minute’ juga adalah satu perkara yang kurang disenangi oleh para pekerja kebanyakannya.
The post “Ingt VIP Orang Nak Layan” – DS Vida Dikecam ‘Shopping’ Di Butik Mewah Waktu Kedai Dah Tutup first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments