Baru-baru ini, RapidKL telah membuat satu pengumuman mengenai perkhidmatan LRT tergendala di laman rasmi Twitter dan telah meraih pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Menerusi ciapan tersebut, RapidKL memaklumkan bahawa laluan perjalanan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan pagi tadi.
Difahamkan, perkhidmatan LRT laluan tersebut kini masih dalam pemulihan dan laluan terbabit akan berada pada kelajuan dan frekuensi normal seperti sedia kala tidak lama lagi.
Kelana Jaya Line Update: Our service is experiencing a delay. Updates to follow.
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) May 24, 2022
Diharapkan semua penumpang yang menggunakan laluan ini bersabar dan kami juga ingin memohon maaf ke atas kesulitan ini.
Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna telah meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati kerana perkhidmatan LRT sering tergendala hampir setiap minggu.
“Masuk ofis lambat ni kalau kena tolak gaji nak claim dekat siapa? share-share sikit untung korang tu” tulis seorang pengguna Twitter.
Tiap tiap minggu memang kena ada masalah teknikal ke korang ni? Waste people time, energy and money. – Netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bazir Masa, Tenaga, & Duit” – Perkhidmatan LRT Rosak Tiap Minggu, Ramai Pengguna Luah Rasa Tak Puas Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments