#Hiburan: “Dah Tahu ‘Comel’ Tak Payah Buat..” – Sampai Senget Angkat Pengantin Pakai Tandu, Netizen Bimbang Pada Yang Memikul

Selalunya apabila bersanding, pasangan pengantin Melayu selalu menyambut ia dengan penuh meriah serta dipenuhi dengan pelbagai adat resam yang dilakukan ketika zaman nenek moyang.

Seperti video yang sedang tular di platform TikTok baru-baru ini memaparkan pengantin baru meraikan hari bahagia mereka itu dengan diarak menggunakan tandu.

Advertisement

Lihat pada video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial berkenaan, kelihatan pasangan pengantin terbabit menaiki tandu sambil diiringi dengan paluan kompang.

Namun, apa yang membuatkan ia menjadi perhatian kerana pasangan pengantin hampir terjatuh kerana salah seorang yang mengangkat tandu tersebut telah kehilangan kasutnya.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berasa bimbang melihat orang-orang yang mengangkat tandu kerana kelihatan tidak terlalu gagah untuk membawa pasangan pengantin itu.

komen tiktok

Tambahan lagi, netizen turut merasakan pasangan tersebut tidak seharusnya melakukan adat berkenaan dan untuk lebih berasa kesian terhadap orang-orang yang mengangkat mereka itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Bella Astillah Beri Nasihat Cari Jodoh
21 jam lalu

“Kahwin Jangan Tengok Rupa..” - Bella Astillah Beri ‘Nasihat’ Cari Jodoh Ikut Peribadi Bukan Paras Rupa

The post “Dah Tahu ‘Comel’ Tak Payah Buat..” – Sampai Senget Angkat Pengantin Pakai Tandu, Netizen Bimbang Pada Yang Memikul first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments