Jika membeli barang secara atas talian, lalu tidak dapat seperti apa yang dibayangkan sudah pasti ianya amat mengecewakan seseorang sama seperti perkongsiaan seorang wanita baru-baru ini.
Melalui perkongsiaan yang dilakukan oleh seorang personal shopper di Facebook, beliau menceritakan salah seorang pelanggannya telah ditipu oleh usahawan kosmetik yang dikenali ramai apabila membeli sebuah beg berjenama iaitu Dior.
Difahamkan usahawan tersebut memuat naik foto beg Dior asli kerana ingin menjualnya, namun setelah selesainya urus niaga bersama pelanggan berkenaan, bertapa kecewanya beg yang didapati amat berbeza dari apa yang dipaparkan dalam gambar.
Bertambah kecewa dengan usahawan yang menjualnya kerana beg yang didapati adalah beg Dior tiruan dan bukannya preloved seperti yang diwar-warkan oleh si penjual.
Info terkini mengenai isu yang berlaku, pembeli beg terbabit telah membuat laporan kepada pihak polis dan di dalam laporan, dia meminta agar usahawan berkenaan memulangkan semula wangnya serta akan memulangkan semula beg itu kepada usahawan tersebut.
Usahawan yang ‘menipu’ terbabit masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai isu yang terjadi dan mengambil jalan untuk mendiamkan diri lagi.
The post “Ini ‘Fake’, Dasar P*ndan!” – Kecewa Barang ‘Indah Khabar Dari Rupa’, Pembeli Dakwa Ditipu Usahawan Kosmetik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments