Baru-baru ini, penyanyi Aina Abdul ada membuat sidang media sempena konsert A Night With Aina Abdul 2.0, namun apa yang membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai apabila melihat imej yang dikenakan olehnya ketika itu.
Aina ada memuat naik satu video di platform media sosialnya memperlihatkan pakaian yang dipakai beliau untuk sidang media pada hari itu. Video berkenaan telah menerima kritikan daripada netizen, sehingga ada yang berkata seakan-akan biarawati gereja atau ‘sister’.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang mempersoalkan kenapa Aina perlu memilih untuk memakai pakaian seperti itu.
Tidak mahu isu yang dibangkitkan itu menjadi besar, Aina tampil memperjelaskan pemilihannya memilih baju berkenaan kepada pihak Gempak.
Saya suka fesyen walaupun nampak macam ‘sister’, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.
Tambahannya lagi, pilihan beliau memakai pakaian itu kerana mahu memberi inspirasi kepada orang ramai yang mahukan kelainan dari yang biasa.
Sekadar info, jualan tiket konsert ANWAA menerima respon yang sangat positif dan buat masa ini, sudah hampir 85 peratus tiketnya terjual.
The post “Saya Hanya ‘Appreciate’ Fesyen” – Pakaian Dituduh Seperti ‘Sister’ Gereja, Aina Abdul Enggan Besarkan Isu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments