#Hiburan: (VIDEO) “Dia Okay Ke Tu?” – Wanita ‘Misteri’ Berdiri Tegak Tengah Jalan Seorang Diri Undang Tanda Tanya

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Alysha yang memaparkan penampakan seorang wanita misteri telah mengundang tanda tanya ramai.

Menerusi video perkongsian tersebut, dilihat wanita misteri itu sedang berdiri seorang diri di tengah jalan di sekitar Cyberjaya.

Advertisement

Malah, lebih menakutkan apabila pengguna media sosial lain dan penduduk Cyberjaya turut melihat dan berjaya merakam kelibat wanita itu.

wanita misteri

Siapa lalu Cyberjaya petang tadi nampak akak ni? Dia berdiri tegak sorang-sorang dekat atas jalan raya.

Sehinga kini, video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih 1.7M tontonan, 75.4K tanda suka, 1.5K komen di laman TikTok.

@alyshazlkn

Siapa lalu cyberjaya petang tadi nampak akak ni? Dia berdiri tegak sorang2 kat atas jalan raya.

? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon, ada yang risau dengan keadaan wanita itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman terserempak dengan wanita misteri itu.

Ye saya pun nampak dia 2 hari lepas berdiri tegak depan ATM dekat tempat kerja saya, and pagi ni pun dia ada lagi dengan baju yang sama. – Netizen.

“Tak sihat agaknya. Bahaya kalau malam kereta laju boleh accident. Patut ada pihak tolong dia sebelum terlambat,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peguam hafidzah hassan diperli
2 jam lalu

"Boleh Stop Dah Jadi Attention Seeker" - Peguam Hafidzah Hassan Kongsi Ilmu di IG Tapi Sebaliknya Dikecam Netizen

The post (VIDEO) “Dia Okay Ke Tu?” – Wanita ‘Misteri’ Berdiri Tegak Tengah Jalan Seorang Diri Undang Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments