#Hiburan: “Betul Ke Awak Anak Tiri Najib?” – Tak Pasal-Pasal IG Anak Fauzi Marzuki ‘Diserbu’ Netizen, Nak Tahu Cerita Sebenar

Hangat menjadi perbualan netizen baru-baru ini selepas sekeping gambar menunjukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama wanita lain.

Timbul spekulasi mengatakan Najib sudah beristeri dua dan ‘kajian’ netizen mendapati wanita di dalam gambar berkenaan merupakan bekas isteri komposer terkenal, Fauzi Marzuki.

Advertisement

Disebabkan itu, anak Fauzi bernama Nadia menjadi sasaran netizen untuk mencari tahu kepastian dan kesahihan cerita tersebut.

Akaun Instagram Nadia mula ‘diserang’ oleh netizen yang mahu tahu tentang hal berkenaan apatah lagi ibunya, Hashimah Ramli belum memberikan apa-apa respon.

Advertisement

Betul ke awak anak tiri Najib?”

Menurut mStar, Fauzi turut memberikan kenyataan dan memaklumkan dia tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang berita yang tersebar itu.

Jelasnya, dia tiada kaitan lagi dengan bekas isteri selepas mereka berpisah pada 9 tahun lalu.

Perkahwinan dia dengan Najib tiada kena mengena dengan saya. Dia bebas untuk berkahwin dengan siapa pun yang menjadi pilihan dia.”

Sekadar info, Fauzi dan Hashimah bercerai dengan talak satu pada Mei 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.

najib isteri baru
3 hari lalu

Tular Foto Najib Razak Bersama Seorang Wanita, Netizen Spekulasi Isteri Kedua?

The post “Betul Ke Awak Anak Tiri Najib?” – Tak Pasal-Pasal IG Anak Fauzi Marzuki ‘Diserbu’ Netizen, Nak Tahu Cerita Sebenar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments