Perkongsian di Twitter daripada seorang individu yang sedang mencari adik lelakinya telah mencuri perhatian . Difahamkan, adiknya itu ‘menghilangkan’ diri selama setahun namun akhirnya terbongkar ia adalah akibat perbuatan sihir oleh mak angkatnya.
Dalam hantaran tersebut, lelaki dikenali sebagai Mohd Azwan itu mencari adiknya yang bernama Aswadi di sekitar Batu Pahat, Johor.
Difahamkan, Aswadi telah meninggalkan keluarga setelah mengenali seorang wanita Jawa berusia sekitar 50-an yang dianggapnya sebagai ibu angkat.
Alhamdulillah, adik saya sudah pun ditemui setelah tidak pulang ke kampung selama hampir setahun. Terima kasih kepada warga batu pahat, penduduk setempat, warga kerja kilang s.k.p & pihak polis batu pahat. Adik saya di sihir oleh seorang perempuan yang dikenali pic.twitter.com/E3pA6GsYF5
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 19, 2022
Setelah mengenali wanita itu, Aswadi dikatakan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ dan mengikuti apa sahaja kehendak wanita itu yang juga mempunyai keluarganya sendiri.
Dalam hantaran lain, Mohd Azwan memaklumkan bahawa adiknya itu telah dijumpai namun berada dalam keadaan tidak sihat dan berperwatakan berbeza daripada sebelumnya.
Adik saya juga sering mendengar bisikan jika dia mula teringatkan ahli keluarga, apabila kami telefon bisikan mula beritahu jangan angkat.
Kata Azwan, adiknya telah dipaksa bekerja dan menyara keluarga wanita itu seperti membayar sewa rumah, bil air & elektrik.
Aswadi juga merupakan seorang yang lurus dan turut dipaksa memberi kad bank miliknya selain duit gaji dikawal sepenuhnya oleh mak angkat tersebut.
Kad bank adik saya dipegang sepenuhnya oleh perempuan tersebut. Duit gaji adik saya digunakan untuk makan minum, sekolah anak mereka, bayar sewa rumah..
Pihak polis dikatakan turut terlibat dalam kes ini dan telah menjalankan siasatan. Menurut Azwan, barang-barang peribadi milik adiknya yang berada di rumah wanita berkenaan telah diambil untuk dibawa pulang ke pangkuan keluarga.
Manakala keadaan Aswadi juga semakin pulih dan berada dalam proses mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi memulihkan kembali keadaannya seperti sedia kala.
The post “Kad Bank Kena Pegang” – Lelaki ‘Hilang’ Setahun, Rupanya ‘Mak Angkat’ Sihir Untuk Tanggung Hidup Sekeluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments