#Hiburan: “Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Bagi Kegunaan Sendiri” – Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memberitahu Astro Awani ketika ditemui di Program Agrofest Perbadanan Pembangungan Pertanian Negeri Perak (SADC) agar rakyat negeri Perak khususnya untuk menanam sendiri sayuran dan memelihara haiwan ternakan bagi kegunaan sendiri berikutan kekurangan bekalan makanan yang dihadapi negara pada ketika ini.

Kata Saarani, langkah tersebut merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga produk pertanian dan penternakan.

Advertisement

Ujarnya, sayuran mudah ditanam serta haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak rakyat bagi kegunaan sendiri serta boleh dijual sekiranya ia berlebihan.

“Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri supaya kita tidak terlalu bergantung kepada bekalan dari luar.” jelasnya lagi.

isu harga ayam peniaga marah
2 hari lalu

"Jangan Nak Tunding Jari Je!" - Saran Pembeli Buat Laporan Isu Harga Ayam, Ramai Peniaga 'Maki' KPDNHEP?

The post “Rakyat Disaran Tanam Sayur Dan Ternak Haiwan Bagi Kegunaan Sendiri” – Menteri Besar Perak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments