#Hiburan: (VIDEO) “Suami Limited Ni” – Isteri Dah Siap Masak, Netizen Puji Lelaki Ini Selamba Bawa Bekal Lepak Dengan Member

Adat hidup sebagai suami isteri, pastinya ada saat turun naik dalam hidup berkeluarga.

Dan sering kita dengar, kalau nak ‘ikat’ hati suami, kena ‘ikat’ perut suaminya dulu.

Advertisement

Seperti satu perkongsian TikTok oleh seorang wanita, si suami kepada pemilik video itu dipuji netizen kerana sikap pandai ‘mengambil hati si isteri.

Dalam video tersebut, si isteri difahamkan sudah menyiapkan makan malam namun tidak mengetahui suaminya itu merancang untuk keluar lepak bersama kawan-kawan.

Advertisement

Namun, apa yang membuatkan isteri dan juga netizen terharu adalah apabila lelaki itu telah ‘tapau’ makanan yang dibuat pasangannya itu untuk dimakan bersama kawan-kawannya nanti.

Setelah itu, kawan-kawan kepada lelaki itu turut merakam video yang menunjukkan suami wanita itu ‘berpegang pada janji’ dan menghabiskan bekal makanan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji sikap si suami yang menghargai makanan yang dimasak oleh si isteri.

TiKTok

Kata netizen, lelaki itu pandai menghargai dan ‘menjaga hati’ si isteri dan ada juga yang menganggap wanita itu bertuah kerana memiliki suami seperti itu.

balik kampung beraya
19 jam lalu

“Selalu Buat Muka Ketat” - Raya Selalu Kena Balik Rumah Mentua, Isteri Kecewa Sikap Suami ‘Selfish'

The post (VIDEO) “Suami Limited Ni” – Isteri Dah Siap Masak, Netizen Puji Lelaki Ini Selamba Bawa Bekal Lepak Dengan Member first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments