Setiap manusia perlu dihormati secara sama rata tanpa mengira sama ada individu itu sempurna mahupun kurang sempurna.
Sebaliknya individu yang kurang sempurna sepatutnya lebih dihormati kerana kekurangan yang dimiliki berbanding insan yang sempurna dari segi akal fikiran.
Namun begitu, ada orang yang tidak menghormati golongan yang sedemikian dan bersikap kurang ajar kerana merasakan diri sendiri lebih hebat dan sempurna berbanding individu yang kurang bernasib baik.
Itulah yang ditunjukkan di dalam perkongsian video di Facebook yang berdurasi 50 saat ini, di mana seorang lelaki mengganggu ketenteraman seorang individu kurang siuman tanpa sebab.
Video juga menunjukkan lelaki berkenaan menggunakan mercun dan juga mempunyai cubaan untuk menumbuk dan mencucuk lelaki kurang siuman itu dengan objek yang kelihatan seperti kayu.
Dalam satu video lain, orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit menyuruhnya meminta maaf kepada mangsa yang dikenali sebagai Lan Aduk.
Suspek itu juga dikatakan telah ditahan polis setelah laporan berkenaan kes diterima di Balai Polis Santubong sekitar jam 5.36 petang semalam.
The post (VIDEO) Cari Pasal Kacau Orang Kurang Siuman Guna Mercun, Lelaki Biadap Akhirnya Ditahan Polis! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments