Terdahulu, tular di laman TikTok hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil untuk ke sekolah telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat anak lelakinya sedang memandu kereta sambil membawa kakak serta adiknya di tempat penumpang hadapan.
Menurut laporan Kosmo, kejadian berlaku di Pekan Nanas, Pontian dan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut telah hadir memberi keterangan kira-kira pukul 10 pagi hari ini.
Bila mama dia lambat sangat nak hantar pergi sekolah, anak 10 tahun bawak kereta pergi sekolah, bawak kakak and adik sekali, hati-hati Qayyum..
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memandang serius kejadian ini dan ianya merupakan satu kesalahan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan risau melihat keselamatan kanak-kanak tersebut serta orang sekeliling.
Kalau langgar anak orang? Nyawa anak orang macam mana? – Netizen.
“Kenapa ibu bapa suka ajar benda bahaya dekat anak-anak? Hari tu kes basikal lajak, ni ajar budak 10 tahun drive kereta bawa akak dan adik ke sekolah?,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Kenapa Ajar Benda Bahaya Dekat Anak?” – Tular Video Budak 10 Tahun ‘Drive’ Kereta Ke Sekolah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments