#Hiburan: Pakai ‘Segak’, Bakar Mercun Tepi Jalan Untuk Sambut ‘Birthday’ Sekali Kena Tahan Polis

Tular di media sosial menunjukkan video sekumpulan lelaki membakar mercun untuk meraikan sambutan hari lahir di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, Sabtu lalu.

Memetik laporan daripada Kosmo Online, suspek berusia 30 hingga 42 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim disedari pihak polis menerusi satu video bertajuk ‘Big Brother Celebration’ di TikTok.

Menurut beliau juga, siasatan awal memaparkan sekumpulan lelaki itu bermain mercun berdekatan plaza tol tersebut.

Selain itu, kejadian juga dikatakan berlaku kira-kira pukul 8 malam bagi meraikan sambutan hari lahir lelaki yang dikenali sebagai ‘Mustafa’.

Mohd Iqbal juga berkata bahawa kesemua lelaki berhenti di kawasan berkenaan untuk bertemu dengan satu sama lain.

Susulan kejadian tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Komunikasi dan Multimedia 1998.

1 minggu lalu

(VIDEO) Cari Pasal Kacau Orang Kurang Siuman Guna Mercun, Lelaki Biadap Akhirnya Ditahan Polis!

The post Pakai ‘Segak’, Bakar Mercun Tepi Jalan Untuk Sambut ‘Birthday’ Sekali Kena Tahan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments