#Hiburan: “Biadap Gila!” – Berlakon Tolak Wawa Jatuh Bot, Netizen Dakwa Aeril Zafrel Persenda Kematian Tangmo?

Difahamkan, sekarang ini pasangan selebriti popular iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sedang meluangkan masa mereka di negara luar, Thailand.

Sama ada atas urusan kerja mahupun hanya sekadar bercuti, ia masih belum dapat kepastiannya lagi. Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh Aeril telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Advertisement

Melihat dari rakaman yang dimuat naik, Aeril dan Wawa ketika itu sedang menaiki sebuah bot, namun di pertengahan video, aktor terbabit ‘berlakon’ menolak isterinya jatuh dari bot sambil gelak.

Di dalam video terbabit juga, Aeril telah menggunakan lagu yang sering kali digunakan ketika kematian selebriti Thailand, Tangmo Nida sebelum ini yang menggemparkan seluruh dunia.

Advertisement

Disebabkan itu, mereka dikritik serta dikecam oleh warganet kerana seperti mempersendakan kematian seseorang serta merasakan pasangan itu tidak sensitif.

komen twitter

komen twitter

Barangkali sedar dirinya dikecam teruk oleh netizen, video berkenaan sudah tidak ada lagi di akaun TikToknya. Namun, sudah banyak pengguna yang lain memuat naik semula video terbabit ke akaun peribadi mereka untuk dipertontonkan kepada umum.

5 hari lalu

"Sembang Macam Beli, Itu Menipu" - Ada Netizen Kata Aeril Zafrel Hanya Sewa Lamborghini Untuk Buat 'Content'

The post “Biadap Gila!” – Berlakon Tolak Wawa Jatuh Bot, Netizen Dakwa Aeril Zafrel Persenda Kematian Tangmo? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments