Siapa saja yang tidak akan hilang kesabaran apabila kena beratur panjang serta berjam-jam perlu menunggu hanya kerana mahu memperbaharui pasport dan hal itu terjadi baru-baru ini di Pejabat Imigresen di Jalan Duta.
Situasi tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter melalui satu video yang dimuat naiknya. Video berdurasi 22 saat itu memaparkan orang ramai sedang beratur memenuhi di luar pejabat berkenaan.
Nak renew passport kat Malaysia? Jom tengok line kat Jalan Duta ni.
Takpa, memang kita banyak masa nak beratur @imigresenmy #imigresen #passportmalaysia #renewpassport pic.twitter.com/hicKNMMAar
— jad (@jadhanif) May 26, 2022
Difahamkan, orang ramai telah menunggu selama berjam-jam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembaharuan pasport secara online biarpun sudah tiba di pejabat Imigresen itu sejak pukul 7.50 pagi.
Tambahan lagi, panjang orang ramai beratur di luar pejabat itu kira-kira dalam 400 meter daripada pintu masuk kompleks tersebut.
Difahamkan juga, anggota imigresen yang bertugas ketika itu tidak dapat memaklumkan kepada orang ramai berkenaan kehabisan nombor giliran sehinggalah mereka tiba di hadapan pintu masuk kawasan imigresen itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Memang Kita Banyak Masa Pun..” – Ramai Berang Berjam Beratur Nak ‘Renew’ Pasport Di Jalan Duta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments