#Hiburan: “Tak Hormat Perempuan Langsung!” – Sengaja Lap Kaki Pakai Tudung, ‘Youtuber’ Popular Dikecam Netizen

Rasanya hampir setiap anak muda ataupun penonton tegar YouTube akan mengenali pempegaruh Ammar Nazhan kerana kontroversi yang sering dicetuskan.

Kerana dikenali sebagai ‘pencetus kontroversi’, sekali lagi jejaka tersebut telah menimbul satu isu yang membuat dirinya menjadi topik utama yang dibincangkan di kalangan warganet.

Advertisement

Menerusi perkongsiaan video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok baru-baru ini, kelihatan Ammar sedang mengelap kakinya mengguna tudung dan ianya dianggap tidak senonoh oleh netizen.

Bukan saja merasakan tindakannya itu tidak senonoh, malah netizen merasakan lelaki terbabit telah menjatuhkan martabat wanita berhijab.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, ramai yang mengecam youtuber terbabit dan merasakan ‘gurauan’ dia kali ini sememangnya sudah melebihi batas.

komen tiktok

Malah, netizen turut sudah meneka dengan lebih awal selepas tercetusnya isu ini, youtuber berkenaan akan memohon maaf seperti yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

pelanggan ditipu usahawan kosmetik
4 jam lalu

"Ini 'Fake', Dasar P*ndan!" - Kecewa Barang 'Indah Khabar Dari Rupa', Pembeli Dakwa Ditipu Usahawan Kosmetik

The post “Tak Hormat Perempuan Langsung!” – Sengaja Lap Kaki Pakai Tudung, ‘Youtuber’ Popular Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments