Youtuber terkenal dan juga personaliti media sosial, Azfar Heri baru-baru ini meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen yang tampil menegurnya agar menjadi ‘lelaki sejati’.
Azfar atau nama sebenarnya Muhammad Azfar Herisyam juga memuat naik tangkap layar komen individu berkenaan yang diperoleh daripada ruangan komen di saluran Youtube miliknya.
Kadang kadang penat dapat comment comment macam ni, ikut kan hari2 mesti ada. Rasa macam nak maki tapi tak worth it pun cuma tu la rasa kesian dengan pemikiran orang macam ni yang masih tak berkembang. Tah sejati macam mana tah dia maksudkan. Mungkin dia nak aku lawan futsal kot pic.twitter.com/V5FF74cYZ0
— Azfar Heri ?? (@Azfarheri) May 25, 2022
Kata individu itu, dia berharap agar Azfar menjadi jantan sejati dalam komen yang ditinggalkan itu.
Berikutan itu, Azfar meluahkan rasa penat kerana sering mendapat komen-komen seperti itu.
Dia juga meluahkan rasa hairan dengan ayat ‘lelaki sejati’ dan tidak mengerti apa yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang lelaki yang dimaksudkan individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga netizen menasihati Azfar untuk tidak terlalu mengambil ‘pusing’ dengan teguran dan kecaman yang diterimanya.
Maksud dia sejati tu kau kena melepak sampai 4 pagi. Terpaling penat sampai tak boleh urus anak. Tunggu bini siap masak dan hidang sambil main game. Agittuw.
Sekadar info, Azfar memang dikenali sebagai Youtuber dan pernah dipilih Top 5 dalam kategori YouTuber Popular untuk Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34.
The post “Penat Kadang-Kadang” – Youtuber Azfar Heri Ditegur Agar Jadi ‘Jantan Sejati’ Oleh Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments