Beberapa hari yang lalu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pulang ke Malaysia setelah empat hari berada di Washington, DC atas urusan kerja.
Kepulangannya ke negara ini semula telah disambut meriah oleh ramai pihak dan beliau mengucapkan rasa syukur serta menghargai orang-orang yang ada di lapangan terbang untuk menyambut ketibaannya.
Biarpun berasa gembira dengan sambutan yang diterima, ada netizen yang menularkan satu foto memaparkan screenshot mesej mengenai pembayaran yang bakal diterima jika menyambut Ismail Sabri di lapangan terbang Subang ketika itu.
??????? https://t.co/1Tm1K6NwMh pic.twitter.com/6ISenEphJe
— Cringe Malaysian?? (@cringemalaysian) May 15, 2022
Melihat dari paparan mesej tersebut, setiap seorang yang datang ke airport Subang ketika hari ketibaan PM ketika Ahad pagi itu akan dibayar RM100.
Oleh kerana ciapan terbabit telah pun tular di platform itu, ramai netizen meninggalkan komen memerli kerana merasakan Ismail Sabri tidak sepatutnya meluahkan rasa ‘gembira’ sedangkan semua yang datang hanya berlakon semata-mata.
Sehingga kini, ciapan terbabit telah meraih lebih dari 11,000 tanda suka dan hampir 10,000 retweet daripada pengguna platform media sosial terbabit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Cringenya!” – Ismail Sabri Teruja Disambut Di ‘Airport’, Rupanya Semua Dah Dibayar? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments