Pelakon Bollywood kesayangan ramai, Shah Rukh Khan dikhabarkan akan membuat tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang didakwa berlakunya penyelewengan prosedur sehingga anak lelakinya, Aryan Khan ditangkap sebab kes dadah.
Selepas hampir tiada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah, mahkamah Tinggi Bombay mengeluarkan perintah ikat jamin dalam kes dadah yang melibatkan Aryan Khan.
Oleh kerana itu, pelakon terkenal tersebut dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah NCB Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah persiaran.
View this post on Instagram
Sameer Wankhede menuduh Aryan secara palsu sehingga membuatkan remaja tersebut berada di penjara Arthur Road lebih dari tiga minggu.
Tambahan lagi, mahkamah turut menyatakan bahawa kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penasihat tidak sah dan NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.
Terdahulu, tertuduh iaitu Aryan Khan, Arbaz Marchant dan Munmun telah ditangkap pada 3 Oktober oleh Biro Kawalan Narkotik selepas mereka melakukan serbuan di pelayaran Mumbai dan telah merampas bahan terlarang.
The post Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments