Pelakon Fauzi Nawawi meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dalam tempoh sebulan dia dikurniakan dua cucu.
BACA: Anak Fauzi Nawawi Mohon Netizen Berhenti DM Caci Maki Ahli Keluarga
Fauzi atau nama lengkapnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi berkata dia dikurniakan cucu pertama selepas anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.
Fauzi kemudiannya dikurniakan cucu kedua pada 26 Oktober lalu apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.
Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan.
Menurut pelakon Munafik 2 itu dia cukup seronok apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
Terdahulu, anaknya Fareez berkongsi berita gembira bergelar bapa selepas Nurwathiqah melahirkan bayi lelaki pada 26 Oktober lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu selepas lebih tujuh tahun bercinta.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post (TAHNIAH) Fauzi Nawawi Teruja Sambut Dua Cucu Dalam Tempoh Sebulan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments