Selepas single pertamanya berjudul Hujan menerima kecaman hebat daripada netizen, sekali lagi usahawan sensasi Iqbal Zulkefli mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat memijak puluhan ringgit kertas bernilai RM50 baru-baru ini.
Isu tersebut tercetus selepas penyanyi, Ariff Bahran berkongsi sebuah video TikTok menunjukkan bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Vida itu berada di sebuah lokasi dilantainya bertaburan wang kertas RM50.
Banyaknya, dipijak-pijaknya duit.
Tegur Ariff di dalam video tersebut.
@ariffbahranKita gang campak duit la iqbal. Mindset sama ?? ##fyp
Bagaimanapun, Iqbal tidak menghiraukan perbualan tersebut dan terus menyeret serta memijak kepingan wang-wang kertas yang berada di lantai tersebut, namun tidak pasti jika wang itu sama ada palsu ataupun tidak.
Aksi tersebut telah membuat ramai pihak yang berasa kurang senang dengan Iqbal dan ada yang berpendapat kerana sikapnya seperti itu yang membuatkan Cik B, anak kepada Datuk Vida tidak menyukainya.
Bersyukur Cik B tak merestui.
Sekadar info, penyanyi berusia 27 tahun itu pernah menerima kecaman hebat apabila hubungan cintanya bersama Vida terputus di tengah jalan susulan beberapa faktor seperti tidak mendapat restu anak dan dakwaan disihir.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Bersyukur Cik B Tak Restui..” – Aksi Iqbal Pijak Duit Mengundang Kemarahan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments