Meskipun sudah 11 tahun episod hitam dalam perkahwinan penyanyi Shidee berlalu, kisah ‘kahwin tak restu’ itu kembali timbul berikutan penampilannya sebagai peserta dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).
Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan Shidee kini setelah kecoh mengenai berita perkahwinannya yang mendapat tentang hebat daripada ibu mertua.
Ujar Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 62, dia bersyukur apabila segala kekecohan yang melanda sekitar awal tahun 2010 itu dapat dikawal dengan baik.
Bagi saya itu semua perjalanan hidup, dulu ramai orang kata saya bercinta dengan mak mertua saya, tapi tak wujud pun.
Shidee yang ditemui media baru-baru ini turut menafikan dakwaan sesetengah orang yang mengatakan dia pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan ibu mertua sendiri.
Sekitar Februari 2010, penyanyi lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu mendapat perhatian ramai apabila perkahwinannya bersama isteri kini, Siti Fairunnisa Aziz yang pada ketika itu berusia 22 tahun tidak direstui ibunya sendiri, Jamaliah Hassan.
Ianya bermula apabila Shidee dikatakan berkenalan dengan Jamaliah namun akhirnya bernikah dengan anak wanita itu yakni Siti Fairunnisa.
Ditanyakan mengenai hubungannya kini bersama ibu mertua, Shidee menjelaskan bahawa mereka sudah melupakan segala kisah silam dan hidup dalam keadaan harmoni.
“Cari jalan bagaimana nak dekat dengan dia, lama juga. Makan masa dan berbulan juga nak perbaiki. Alhamdulillah hari ini semua dah okay.” terang Shidee lagi.
Sekadar info, Shidee dan isteri telah bernikah pada 1 Februari 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
The post Kenal Emak Tapi Kahwin Dengan Anak, Shidee Akui Ambil Masa Pulih Hubungan Dengan Mertua Gara-Gara Perkahwinan Tidak Direstui first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments