Penyanyi Aina Abdul mengakui tidak rasa tertekan apabila setiap video baharu yang dimuat naiknya di YouTube mendapat tanda tidak suka oleh pendengar.
Aina atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani berkata biarpun dirinya menerima perkara itu dengan positif namun ibunya pula berasa sedikit terkesan dan tertanya-tanya mengapa ada yang menekan tanda tidak suka.
Penyanyi lagu Shadow itu faham setiap pendengar mempunyai selera dan pandangan tersendiri. Tetapi, ibunya pula yang sedikit terkesan dengan perkara ini.
Mak saya adalah peminat nombor satu saya. Jadi, dia akan memantau berapa banyak tanda suka atau tidak suka yang saya terima.
Aina, 28, berkata setiap kali berjumpa dengan ibunya, pasti ibunya akan bertanya kenapa perkara itu berlaku dan dia terpaksa jelaskan yang kita perlu faham selera pendengar berbeza-beza.
Menurut Aina, komen yang berbaur negatif dapat memberi satu pengajaran kepadanya untuk menjadi lebih baik. Baginya, berapa pun jumlah tanda suka atau tidak suka, apa yang penting mereka tetap menyumbang kepada setiap video yang dikongsikan itu.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Kadang-Kadang Komen Negatif Pun Boleh Ajar Saya Jadi Lebih Baik” – Aina Abdul first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments