Usahawan yang juga bakal suami tak jadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli menerusi sebuah hantaran di Facebook tampil menjelaskan maksud di sebalik poster lagu single terbarunya yang berjudul Hujan.
Lagu tersebut yang telah diterbitkan tepat jam 5 petang semalam itu kini sudah boleh ditonton di saluran YouTube Rusa Music.
Jelas Iqbal, poster lagu nyanyiannya itu sebenarnya telah mengambil ilham daripada filem terbitan luar negara.
Malah, ujarnya lagi, jurugambar serta pereka grafik yang terlibat dalam pembikinan poster tersebut pernah berkarya untuk produk-produk antarabangsa.
Poster lagu Hujan ini berkonsepkan filem antarabangsa. Jurugambar & pereka grafik ini sememangnya pernah berkarya untuk produk antarabangsa. Tali yang mengikat tangan dan kaki saya itu diedit seperti boneka.
Tambah Iqbal, kos penggambaran dan grafik untuk menghasilkan poster tersebut mencecah kos seperti membeli Honda Civic.
Kos penggambaran & grafik kesemuanya (termasuk gambar-gambar lain lagi)bersamaan sebuah kereta Honda Civic saya yang ramai hina.
Iqbal kemudian memaklumkan bahawa apa yang dijelaskan mengenai kisah penghasilan poster tersebut bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tentang berapa banyak wang yang dia miliki tapi hanyalah ingin membuktikan bahawa dia fokus dan serius apabila melakukan sesuatu.
Sehingga ia dilancarkan semalam, Hujan telah memperoleh 490,000 tontonan dengan 23,000 tanda suka daripada penonton.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Berkonsepkan Antarabangsa, Poster Lagu Hujan Iqbal Zulkefli Cecah Kos Seunit Honda Civic, Woow! first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments