#Hiburan: Jaga Anak Emma Maembong, Gelagat Sharnaaz Ahmad Raih Tumpuan Netizen

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dilihat selesa menjadi single father dengan sering berkongsi detik-detik bahagia bersama anak tersayang, Jebat Jayden di media sosialnya sejak berpisah dengan bekas isteri.

Advertisement

Sharnaaz juga sering disakat dengan beberapa nama artis wanita tanah air oleh peminatnya namun ia tidak lebih hanyalah sekadar gosip dan gurauan memandangkan Sharnaaz masih memegang status solo.

Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di aplikasi TikTok oleh seorang pengguna dikenali sebagai @amyqashrina yang memaparkan video Sharnaaz Ahmad sedang menjaga Shariq Gabriel iaitu anak kepada Emma Maembong.

@amyqashrina

Comelnya?#emmamaembong #sharnazahmad #shariqgabriel

? original sound – Budak Tadika – Budak Tadika

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan Sharnaaz sedang mendukung dan selesa mendodoi Shariq Gabriel yang sangat manja dengannya.

Gelagat comel Sharnaaz dan anak kepada Emma Maembong itu membuatkan ramai penonton serta netizen merasa seronok melihat perkongsian video tersebut.

Perkongsian video tersebut kini sudah memasuki ruangan fyp di TikTok dan telah mengundang rasa teruja ramai peminat yang menonton gelagat mereka.

Setakat ini, rakaman video kedua-kedua individu tersebut ditonton sebanyak 737 ribu kali, meraih 74.4 ribu tanda suka beserta ratusan komen.

Sharnaaz Ahmad & Shariq Gabriel

Kebanyakan netizen di ruangan komen perkongsian tersebut bertindak memuji pelakon itu kerana dilihat mempunyai sifat kebapaan.

Mereka juga mengatakan yang Shariq Gabriel begitu selesa dengan Sharnaaz mungkin kerana raut wajah pelakon itu hampir sama dengan suami Emma Maembong.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jaga Anak Emma Maembong, Gelagat Sharnaaz Ahmad Raih Tumpuan Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments