Pelakon cantik, Nur Fazura kini dilihat lebih aktif menceburi bidang perniagaan berbanding kembali ke set pengambaran selepas melahirkan puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya.
Tudung keluaran Fazura boleh dikatakan kini menjadi fenomena dalam kalangan peminat serta golongan wanita kebelakangan ini susulan harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh semua golongan.
Baru-baru ini, pelakon J Revolusi itu telah melancarkan satu lagi koleksi tudung dibawah jenamanya dan membuat sesi live di Instagram bagi mempromosikan tudung terbaru keluarannya itu.
Sold in 45 minutes. MasyaAllah Tabarakallah, thank you my darlings!
Namun begitu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu telah memaklumkan dalam sebuah perkongsian di Instagramnya bahawa koleksi tersebut telah habis licin diborong para peminat di aplikasi pembelian atas talian.
Tambah Fazura lagi dalam perkongsian tersebut, stok hanya tinggal beberapa helai sahaja lagi yang belum terjual di laman web tudung jenama Fazura.
Perkara tersebut sebenarnya sudah beberapa kali berlaku sejak Fazura memutuskan yang dia ingin menjalankan perniagaan tudung mampu milik.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin pernah memberitahu sebelum ini bahawa semua lapisan masyarakat mampu membeli dan mendapatkan tudung yang sama dipakai olehnya.
Susulan itu, niat asal Fazura untuk memastikan para peminat dapat membeli tudung jenamanya nampaknya terlaksana dengan insiden tudungnya habis diborong dalam masa yang singkat.
Dalam pada itu, Fazura juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang membeli produk jualannya dan sentiasa menyokong perniagaan yang diusahakan sehingga mendapat permintaan ramai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Fazura Lancar Koleksi Baru, Stok Tudung Licin Dalam Masa 45 Minit first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments