Meskipun belum dilancarkan secara rasmi, sebuah jenama tudung menerima kritikan berikutan model rasmi mereka iaitu pelakonNora Danish dikatakan tidak sesuai dijadikan muka hadapan jenama terebut kerana sering membawa imej seksi di media sosial.
Dakwa sesetengah individu, pemilihan Nora sebagai model jenama hijab tersebut tidak membawa makna apa-apa kerana pelakon tersebut tidak bertudung di dunia nyata.
Meskipun menerima kritikan sedemikian rupa, Nora melihatnya dari sudut positif dan berharap suatu hari nanti dia juga akan menerima hidayah untuk bertudung sepenuhnya.
Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan.
Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung. Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu.
Katanya lagi, dia sudah lali menerima komen seperti itu kerana ia adalah lumrah manusia untuk mengkritik dan sebagainya.
Terdahulu, Nora Danish telah dipilih sebagai model untuk jenama tudung MINAZ sempena kempen terbaharu mereka.
Nora sebelum ini menerima kecaman hebat beberapa kali oleh netizen kerana berpakaian terlalu seksi sehingga menampakkan susuk tubuh di Instagram.
Turut menganggap soal seksi itu sebagai sesuatu yang subjekti, Nora dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada netizen yang sentiasa memberi komen membina kepada dirinya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Didakwa Sering Berimej Seksi, Ada Yang Tak Setuju Nora Danish Jadi Model Hijab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments