#Hiburan: “Bangun Pagi Mesti Cari Al-Quran” – Niena Baharun Dedah Sikap Anak Suka Mengaji

Pelakon Datin Niena Baharun baru-baru ini mendedahkan tentang perkembangan anak sulungnya iaitu Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.

Advertisement

Menurut Niena, anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci Al-Quran setiap pagi walaupun baru berumur 3 tahun.

Bangun pagi mesti cari Al-Quran atau buku Yasin. Dah jadi macam favourite mainan dia, kemana-mana mesti bawak.

Pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu juga sempat meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Adiel kini juga dilihat semakin lancar membaca surah walaupun masih belum fasih bertutur dengan baik.

Ujar Niena lagi, Adiel baru masuk usia 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap tetapi dia dan suaminya perasan yang dia laju sahaja boleh pickup apabila sedang mengaji.

Anugerah Allah. Kadang setiap kekurangan itu pasti ada kelebihannya.

Niena Baharun & Family

Sekadar info, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim.

Dua cahaya mata telah dikurniakan hasil perkongsian hidup Niena dan Aliff yang diberi nama Adiel Mikail berusia 3 tahun dan Alyssa Marissa berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan.

The post “Bangun Pagi Mesti Cari Al-Quran” – Niena Baharun Dedah Sikap Anak Suka Mengaji first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments