Pada Ogos lalu, penyanyi Usop berjaya membuka sebuah restoran francais di Seberang Jaya, kini Usop membuat jualan pakaian terpakai atau bundle secara online di Instagramnya.
Penyanyi terkenal yang berumur 24 tahun itu tidak malu untuk melakukan pelbagai bidang pekerjaan demi menambah sumber pendapatannya.
Selain menguruskan gerai nasi kandar milik keluarga dan restoran Ayam Gepuk, kini saya cuba menjual baju bundle berjenama di Instagram
Usop juga berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan pakaian terpakai itu, Usop memberitahu dia tak malu mencari rezeki dalam pelbagai bidang dan tak salah untuk dia ceburi bidang perniagaan asalkan pendapatannya halal.
Sejujurnya saya ni memang jenis tak reti duduk diam, apa-apa pekerjaan pun saya sanggup buat, lagi pun tak salah ceburi bidang perniagaan bukannya saya merompak atau mencuri.
View this post on Instagram
Selain menambah pendapatan keluarga, penyanyi lagu Lenyap itu juga memberitahu salah satu sebab dia rajin melakukan pelbagai pekerjaan adalah kerana mahu mengumpul duit kahwin dan merancang untuk membuat simpanan dari sekarang bagi menghalalkan hubungan dengan kekasihnya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Usop Tak Malu Jual Baju Bundle Di Live IG Demi Menambah Sumber Pendapatan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments