Pendakwah wanita terkenal, Ustazah Asma’ tampil memberi teguran kepada kaum wanita yang kini dilihat lebih kerap memuat naik di plaftom media sosial melakukan aksi tarian demi mengikut trend.
Menerusi akaun Facebook rasminya, Ustazah Asma’ atau nama lengkapnya Asma’ Harun menasihati wanita tak kira sama ada muda atau tua supaya jangan mudah terikut dengan konten yang boleh mendatangkan negatif.
Duhai wanita Islam, muda atau tua, atas apa jua tujuan, elak, delete dan berhentilah buat content dengan aksi joget atau tarian ya.
Perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Asma’ itu telah mendapat perhatian pengguna Facebook yang turut bersetuju dengan teguran lembut yang ditulisnya itu.
Dalam pada masa yang sama, mereka turut berpendapat ada antara wanita yang kini sudah berani melakukan tarian tanpa menghiraukan sama ada ia keterlaluan ataupun tidak.
Sedia maklum, sejak kebelakangan ini kerap tular video-video pendek aksi wanita mengikuti trend menari dengan lagu-lagu terkini yang kemudiannya menggunakan hashtag #dancechallenge di aplikasi media sosial yang ada.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Duhai Wanita Yang Muda Atau Tua, Henti Buat Konten Joget, Malu Itu Iman” – Ustazah Asma’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments