Pelakon jelita, Intan Ladyana sebelum ini pernah didakwa hamil berikutan bentuk tubuhnya yang sedikit berbeza terutama di bahagian perut.
Meskipun khabar angin tersebut bertiup kencang dalam kalangan netizen, Intan nampaknya memilih untuk tidak memberikan komen dan sebarang kenyataan.
Begitu juga dengan suaminya, pelakon dan personaliti TV Harris Alif yang turut mengunci mulut mengenai spekulasi tersebut dan hanya memohon doa yang baik-baik daripada peminat.
@adekkwann saja try . mana le thu #fyp ? bunyi asal – myulala_TCB
Jelas Harris lagi, dia akan mengumumkan mengenai berita baik itu apabila tiba waktu yang sesuai kelak.
Terbaru, menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh jurusolek bernama Adekkwan, mata netizen nampaknya lebih ‘tajam’ apabila melihatkan keadaan perut Intan yang semakin membesar.
Sementelah itu, peminat kemudian tidak berhenti mengucapkan tahniah di atas kehamilan selepas melihat ‘baby bump’ aktres itu yang comel dan ketara.
Sekadar info tambahan, Intan Ladyana,39, dan Harris, 22, telah selamat mendirikan rumah tangga pada bulan Februari yang lalu.
Kisah cinta mereka telah mendapat perhatian warga maya berikutan jarak usia antara kedua-duanya yang agak jauh iaitu 17 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post ‘Baby Bump’ Jelas Kelihatan, Intan Ladyana Didakwa Sedang Hamil Oleh Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments