Bapa kepada pelakon jelita Anzalna Nasir, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim mengakui terkejut apabila namanya menjadi tular kerana didakwa bakal mengambil alih kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Nasir Ibrahim yang merupakan bekas TImbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Penyelidikan), Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil memberitahu bahawa dia hanya menyerahkan soal itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk mengesahkannya.
Saya terkejut apabila berita perlantikan sebagai CEO baharu FINAS membanjiri laman sosial, hari ini. Tak dinafikan, ramai bertanyakan kesahihan berita ini. Saya tak boleh komen lanjut, tunggu sahaja pengumuman menteri.a
Sebelum ini, berita mengenai perlantikan CEO baru FINAS itu menjadi bualan ramai apabila UPSI ada memuat naik ucapan tahniah kepada Dr Md Nasir yang khabarnya bakal memulakan tugas berkuatkuasa pada 1 November ini.
Dalam pada itu, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata bahawa perbadanan itu masih dalam proses akhir dalam perlantikan CEO baharu dan masih tidak mempunyai keputusan muktamad.
Terdahulu, jawatan tersebut diisi oleh pengarah dan penerbit, Ahmad Idham yang dilantik sebagai CEO FINAS pada Mac 2019 sebelum mengundurkan diri tidak lama kemudian bagi memikul tanggungjawab yang lebih besar terhadap industri kreatif ke persada antarabangsa.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post Tunggu Pengesahan Menteri Komunikasi, Bapa Anzalna Nasir Bakal Pengerusi FINAS? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments