Penyampai radio terkenal DJ Lin berkongsi dugaan penceraian yang telah memberi banyak pengalaman sekali gus mengajar erti kesusahan yang sebenar dalam kehidupannya.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid mengakui ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menjalankan kehidupan sebagai ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami.
DJ Lin, 45, berkata sebagai ibu tunggal, dia banyak belajar erti kesusahan kerana semasa perpisahannya dengan bekas suami, dia terpaksa keluar dari rumah dan pergi mencari rumah sewa dan membeli tilam, baldi, seperti orang yang baru nak masuk rumah.
Kesusahan itu tidak dapat digambarkan, mungkin orang tak nampak kesusahan saya tapi saya okay sebab saya yang memilih untuk itu jadi saya kena terima apa jua risikonya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan situasi yang terjadi pada dirinya itu secara tak langsung menjadikan dirinya wanita yang kuat dan tabah.
Penyampai radio Suria FM itu berkata ketenangan hati adalah penting kerana susah jika hati kita terganggu dengan semua emosi, jadi biar kita menyendiri.
Saya memang belajar untuk menjadi seorang wanita yang kuat sejak saya bercerai dan saya berterima kasih pada Allah kerana daripada pengalaman, kesakitan yang dilalui itu saya boleh berkongsi dengan pendengar Suria Cinta.
DJ Lin tidak menafikan apabila sudah melepasi fasa penceraian, dia sebenarnya banyak belajar perkara baru dan mengenali kekuatan yang ada pada dirinya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Mungkin Orang Tak Nampak Kesusahan Saya..” – DJ Lin Kongsi Dugaan Bercerai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments