Mungkin sudah terlalu ‘biasa’ dengan gurau senda serta lawak mengenai perkara lucah, hal-hal seperti itu nampaknya sudah dianggap normal dalam kalangan masyarakat.
Meskipun begitu, tidak ramai yang sedar bahawa bergurau senda mengenai perkara-perkara lucah dan tidak senonoh adalah salah di sisi agama Islam.
Perkara tersebut turut diperakui oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan yang menekanan bahawa perbuatan tersebut adalah satu dosa yang amat besar.
View this post on Instagram
Ustaz Adnin juga berkata bahawa kelakuan yang mengandungi unsur lucah seperti bergurau adalah tidak kelakar sama sekali dan berharap agar perkara itu tidak berlaku lagi di masa-masa akan datang.
Apa pendapat tentang isu rogol baru-baru ini? Ok sahabat sekalian, rakyat Malaysia sekalian. Pertama, rogol itu berdosa besar, buat lawak rogol pun berdosa besar, buat scene rogol dalam movie pun berdosa besar.
Tolong berhenti buat lawak lucah, tolong stop buat lawak double meaning, tolong stop tayangkan scene yang tak sepatutnya di movie dan drama. Benda ni tak lawak langsung.
Dalam pada itu, Ustaz Adnin berpendapat bahawa para pengkarya seni sepatutnya tidak membawa masuk unsur-unsur lucah dan rogol dalam filem dan drama terbitan mereka.
Jelasnya lagi, sebarang niat tidak akan menghalalkan cara bagi menormalisasikan perkara-perkara tidak bermaruah seperti itu.
“Tak lawak langsung, tak ada benda lain ke nak gurau. Kreatiflah sikit kalau nak buat lawak pun. Takkanlah sebab nak buat lawak dan hiburkan orang kita sanggup gadaikan agama buat benda-benda tak elok macam ni?” akhirinya lagi ketika sesi soal jawab bersama pengikut di media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Perbuatan R*gol, Buat Lawak Dan Scene R*gol Adalah Dosa Besar..”- Ustaz Adnin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments